Hungary Diraja (1526–1699) Kerajaan Beraja Hungary (1526–1867)

Kekaptenan Kerajaan Beraja Hungary sekitar tahun 1572.

Hungary Diraja (1526–1699),[2] (Bahasa Hungary: Királyi Magyarország, Bahasa Jerman: Königliches Ungarn), adalah sebuah nama yang merujuk kepada sebahagian wilayah Kerajaan Beraja Hungary pada zaman pertengahan di mana Habsburg diakui sebagai raja-raja Hungary[3] selepas kemenangan Uthmaniyyah dalam Pertempuran Mohács (1526) dan seterusnya mengakibatkan perpecahan negara ini.

Perpecahan sementara wilayah antara pihak yang berseteru iaitu (John I dan Ferdinand I) berlaku hanya pada tahun 1538 di Perjanjian Nagyvárad,[4] apabila Habsburg menguasai bahagian utara dan barat negara (Hungary Diraja), di mana ibu kota baharunya adalah Pressburg (Pozsony, kini Bratislava). John I pula menguasai bahagian timur wilayah (dikenali sebagai Kerajaan Beraja Hungary Timur). Para raja Habsburg memerlukan kuasa ekonomi di Hungary untuk memerangi Uthmaniyyah. Semasa peperangan dengan Uthmaniyyah, luas wilayah bekas Kerajaan Beraja Hungary berkurang sebanyak 70%; meskipun kehilangan demografi dan wilayah yang besar, wilayah Hungary Diraja yang kecil dan mengalami peperangan ini kekal penting dari segi ekonomi berbanding Austria atau Kerajaan Beraja Bohemia sehingga akhir kurun ke-16.[5]

Wilayah yang kini berada dalam negara Slovakia dan barat laut Transdanubia berterusan merupakan sebahagian daripada tatanegara ini sementara kawalan di timur laut Hungary bertukar-tukar antara Hungary Diraja dan Prinsipaliti Transylvania. Wilayah tengah di Kerajaan Beraja Hungary pada zaman pertengahan pula diduduki oleh Empayar Uthmaniyyah selama 150 tahun (lihat Hungary Uthmaniyyah).

Pada tahun 1570, John Sigismund Zápolya, pencabar takhta raja Hungarian, melucutkan gelaran sebagai Raja Hungary kepada Maharaja Maximilian II, sepertimana yang dinyatakan dalam Perjanjian Speyer.[6]

Istilah "Hungary Diraja" mula tidak digunakan selepas tahun 1699, dan para raja Habsburg merujuk pada negara baru yang lebih besar ini dengan nama istilah yang rasmi iaitu "Kerajaan Beraja Hungary".

Raja-raja Habsburg

Habsburg merupakan sebuah dinasti yang berpengaruh dari Empayar Suci Rom telah dipilih sebagai para raja Hungary.[7][8][9]

Hungary Diraja menjadi sebahagian daripada Monarki Habsburg dan mendapat sedikit pengaruh di Vienna.[10] Raja Habsburg secara terus mengawal kewangan, ketenteraan dan hubungan luar Hungary Diraja. Tentera Imperial pula mengawal sempadannya.[10] Kerabat Habsburg mengelak daripada memegang sebarang jawatan di pejabat palatine untuk menghalang memiliki kuasa yang terlalu besar.[10] Tambahan lagi, persoalan Uthmaniyyah memecah belahkan golongan Habsburg dengan orang Hungary: Vienna ingin mengekalkan keamanan dengan Uthmaniyyah; manakala orang Hungary pula mahu mengusir keluar Uthmaniyyah. Oleh kerana, orang Hungary sedar akan kelemahan mereka, kebanyakan mereka menentang Habsburg.[10] Mereka merungut berkenaan peraturan luar, tindak tanduk tentera luar yang berada di garison, dan pengakuan Habsburg ke atas kedaulatan Uthmaniyyah di Transylvania (Prinsipaliti Transylvania biasanya berada di bawah ketuanan empayar Uthmaniyyah. Bagaimanapun, pada kurun ke-16 dan ke-17 ia sering kali berada di bawah dua naungan iaitu di bawah sultan Turki Uthmaniyyah dan raja Habsburg Hungary).[11] Penganut Protestant, yang ditindas di Hungary Diraja,[10] dianggap sebagai melawan reformasi, satu ancaman yang lebih besar berbanding orang Turki.

Reformasi

Hungary Diraja, Prinsipaliti Hungary Hulu, Prinsipaliti Transylvania dan eyalet Uthmaniyyah pada sekitar tahun 1683.

Reformasi ini merebak dengan pantas, dan menjelang awal kurun ke-17 sukar untuk menemui keluarga bangsawan yang masih kekal menganuti Katolik.[12] Di Hungary Diraja, majoriti penduduk menjadi penganut mazhab Luther menjelang akhir kurun ke-16.[13]

Archbishop Péter Pázmány menyusun semula Gereja Katolik Rom di Hungary Diraja dan mengetuai sebuah anti-reformasi yang membalikkan kelebihan mazhab Protestant di Hungary Diraja, menggunakan teknik pujukan berbanding menakut-nakutkan.[12] Reformasi mengakibatkan pergeseran dalam kalangan Katolik, yang sering kali menyebelahi Habsburg,[12] dan Protestant, yang membangunkan identiti kebangsaan yang kuat dan menjadi pemberontak di mata Austria.[12] Chasms juga meningkat di antara kebanyakan magnate Katolik dengan para bangsawan rendah Protestant.[12]

Rujukan

WikiPedia: Kerajaan Beraja Hungary (1526–1867) http://lcweb2.loc.gov/cgi-bin/query/r?frd/cstdy:@f... http://lcweb2.loc.gov/cgi-bin/query/r?frd/cstdy:@f... https://books.google.com/?id=Hd22PGVjpE8C&pg=PA102 https://books.google.com/?id=MziRd4ddZz4C&pg=PA309 https://books.google.com/?id=Y8_mapl_JS0C&pg=PA17&... https://books.google.com/books?id=5J09mqMWiogC&pg=... https://books.google.com/books?id=6vRnP8jXZjMC&pg=... https://books.google.com/books?id=rSON55zorLsC&pg=... https://books.google.com/books?id=ycNApODqgRUC https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Keraja...